Friday, April 04, 2008

Kisah Berpisahnya Roh dari Jasad

Dlm sebuah hadist dari Aisyah r.a katanya, " Aku sedang duduk bersila didalam rumah. Tiba-tiba Rasulullah S.A.W. datang dan masuk sambil memberi salam kepadaku. Aku segera bangun ke dalam rumah. Nabi S.A.W bersabda, "Duduklah ditempat duduk, tdk usahlah berdiri, wahai Ummul Mukminin. "Maka Rasulullah S.A.W duduk sambil meletakkan kepalanya dipangkuanku, lalu baginda berbaring dan tertidur.

Maka aku terpikirlah dalam hatiku dan aku berkata, “Sesungguhnya baginda akan meninggal dunia ini sebelum aku sehingga tetaplah satu umat yg ditinggalkan olehnya nabinya “. Maka aku menangis sehingga mengalir air mataku jatuh menitis pada wajah baginda. Baginda terbagun dari tidur nya seraya bertanya, “ Apakah sebabnya sehingga engkau menangis wahai Ummul Mukminin ? “ Masa aku ceritakan kisah tadi kepadanya, lalu Rasulullah S.A.W bertanya, “Keadaan bagaimanakah yg hebat bagi mayat ? “ Kataku, “Tunjukkan wahai Rasulullah ..!!”

Rasulullah S.A.W berkata, “Engkaulah katakan !,” Jawab Aisyah r.a : “Tidak ada keadaan lebih hebat bagi mayat ketika keluarnya mayat dari rumahnya dimana anak-anaknya sama-sama bersedih hati dibelakang. Mereka sama-sama berkata, “ Aduhai ayah, aduhai ibu ! Ayahnya pula mengatakan : “Aduhai anak ! “

Rasulullah S.A.W bertanya lagi : “ Itu juga termasuk hebat. Maka, manakala lagi yg lebih hebat daripada itu ? “ Jawab Aisyah r.a : “Tidak ada hal yang hebat daripada mayat ketika ia diletakkan ke dalam liang lahad dan ditimbuni tanah ke atasnya. Kaum kerabat semuanya kembali. Begitu pula dgn anak-anak dan para kekasihnya semuanya kembali, mereka menyerahkan kepada Allah berserta dgn segala amal perbuatannya. “Rasulullah S.A.W bertanya lagi, “ Adakah lagi yg lebih hebat daripada itu ? “ jawab Aisyah, “hanya Allah dan Rasul-Nya sahaja yg lebih tahu.”

Maka brsabda Rasulullah S.A.W. : “Wahai Aisyah, sesungguhnya sehebat-hebat keadaan mayat itu ketika orang yang memandikan masuk ke rumahnya untuk memandikannya, maka keluarlah cincin di masa remaja dari jari-jarinya dan ia melepaskan pakaian penantin dari badannya. Bagi para pemimpin dan fuqaha, sama melepaskan serban dari kepalanya untuk dimandikan.

Di kala itu rohnya memanggil, ketika ia melihat mayat dalam keadaan telanjang dgn suara yang seluruh makhluk mendengar kecuali jin dan manusia yg tidak mendengar. Maka berkata roh, “ Wahai orang yg memandikan, aku minta kepadamu karena Allah, lepaskanlah pakaianku dengan perlahan-lahan sebab disaat ini aku berehat dari kesakitan sakaratul maut “. Dan apabila air disiram maka akan berkata mayat, “ Wahai orang yg memandikan akan roh Allah, janganlah engkau menyiram air dalam keadaan yang panas dan janganlah pula dlm keadaan sejuk karena tubuhku terbakar dari sebab lepasnya roh, “ Dan jika mereka memandikan, maka berkata roh : “ Demi Allah, wahai orang yg memandikan, janganlah engkau gosok tubuhku dengan kuat sebab tubuhku luka-luka dengan keluarnya roh, “

Apabila telah selesai dari dimandikan dan diletakkan pada kafan serta tempat kedua telapaknya sudah diikat, maka mayat memanggil, “Wahai orang yang memandikanku, janganlah engkau kuat-kuatkan dalam mengafani kepalaku sehingga aku dapat melihat wajah anak-anakku dan kaum keluargaku sebab ini adalah penglihatan terakhirku pada mereka. Adapun pada hari ini aku dipisahkan dari mereka dan aku tidakkan dpt berjumpa lagi sehingga hari kiamat “.

Apabila mayat dikeluarkan dari rumah, maka mayat akan menyeru, “Demi Allah, wahai jemaahku, aku telah meninggalkan istriku menjadi janda, maka janganlah kamu menyakitinya. Anak-anakku telah menjadi yatim, janganlah menyakiti mereka. Sesungguhnya pd hari ini aku akan dikeluarkan dari rumahku dan meninggalkan segala yg kucintai dan aku tidak lagi akan kembali untuk selama-lamanya “.

Apabila mayat diletakkan ke dalam keranda, maka berkata lagi mayat, “Demi Allah, wahai jemaahku, jgnlah kamu percepatkan aku sehingga aku mendengar suara ahliku, anak-anakku dan kaum keluargaku. Sesungguhnya hari ini ialah hari perpisahan dengan mereka sehingga hari kiamat.“

No comments: